BIODATA

Adli bersama Ayah (Abdullah Hassan) dan Emak beliau (Siti Ramuna Mat Isa)

Adli Abdullah @ Adly Al-Khair atau nama penuhnya Khairul Adli Bin Abdullah, dilahirkan normal dan cukup sifat pada 9hb Mac 1985. Seorang vlogger, blogger dan penulis muda yang masih bujang, merupakan anak kepada sepasang guru dalam subjek Sejarah dan Matematik.

Adli bersama keluarga besarnya semasa Aidilfitri 1434H/2013M

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Jasin, Melaka. Merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Seorang yang tabah dengan penyakit 'Muscle Dystrophy' dan 'Saraf' yang dialaminya semenjak berumur 10 tahun. Namun Adli terus bangkit dengan berani dan tanpa putus asa.


Deklamasi Puisi: Warna-Warni Hari Malaysia - "Luahan hati rakyat"
PENCAPAIAN  

Pada 15hb September 2013, buat julung kalinya dalam sejarah hidup Adli, beliau diundang membuat deklamasi puisi di hadapan khalayak ramai, dalam majlis yang gilang gemilang, Warna-Warni Hari Malaysia - "Luahan hati rakyat", bertempat di Bukit Katil, Melaka yang turut dihadiri sasterawan ulung negara, Datuk A. Samad Said. Puisi yang dipersembahkan bertajuk, RESAM PEJUANG.

Beberapa bulan sebelum itu, sebuah karya puisi Adli yang bertajuk 'Damba Restu Kekanda', pernah tersiar di dalam slot Mutiara Kata di stesen radio MELAKAfm.

Adli Bersama Pak Samad Di Hari Malaysia 2013

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan beberapa penulisan-penulisan, vlog-vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Tidak kurang juga beliau mempunyai kemampuan dalam bidang rekaan web dan grafik. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.


VISI & MATLAMAT

Visi dan matlamat Adli adalah ingin menghasilkan pelbagai karya seperti vlog, artikel dan puisi yang kaya dengan nilai-nilai positif yang membina peradaban serta mendidik masyarakat.

Youtube: http://www.youtube.com/user/adirul85
Laman Blog: http://adli-abdullah.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/adli.abdullah
Twitter: https://www.twitter.com/adirul85
Instagram: http://instagram.com/adirul85

4 ulasan:

  1. teruskan usaha moga Allah merahmati usaha mu dan kamu tergolongan orang-orang yg beriman dan bertakwa...ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahumma ameen.. Terima kasih atas doa dan sokongannya.. ;)

      Padam
  2. Allahuakbar, semoga Allah terus merahmati usaha Tuan :)
    btw, nice entry, nice blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jazakallahu khair.. Apa pun, syukran sudi ziarah blog ana.. Akhie menuntut di Mesir ya? :)

      Padam

Ikuti Blog Ini!

Like Blog Ini!

Vlog

Deklamasi Puisi

Filem Pendek

Ikuti Saya

Tweet Bersama Saya

Laman Facebook Saya

Bicara Santai

Pautan Pilihan









2010 Khairul Adli Abdullah, All Right Reserved. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumlah Paparan Halaman

Statistik Pengunjung